Popular Posts

Monday 22 July 2013

hello!!!!! its been along time! so life's getting more serious now. having my O'Level exam this year. currently waiting for June's result. it was like waiting for a train in a bus stop -.- i hate waiting but in this case, i just really wish the result never comes. it is even more scary than HORROR. this is such a nightmare~ tawakkal is the best for now.. i hope im doing really well, AMIN. just like my friend said, he dreamed about me getting 3 out of 4 o's. it scared me like... WOW! so wish me luck! may god bless all of you. xx

Monday 13 February 2012

Sajak Kasih Ibu



Kasih Ibu

memang telah lama kufikir
untuk berbakti
pada ibu dan siapa nanti
alih-alih tiba saatnya kami menyendiri
antara hidup dan mati.

sejak kecil pun aku diajari
tentang anak-anak yang salat
balasannya adalah syurga
bersama ibu yang tercinta.
dan para syuhada.

tapi bila aku telah dewasa
ibu sudah tidak mau bercerita
dan aku jadi lupa
tentang hukuman anak derhaka.

lalu sekarang semuanya bagai membebani
jauh-jauh dinihari air mata membasahi
dan titis-titisnya meresapi nadi sendiri
justeru kerananya bagai menuntuti
sebuah ungkapan yang tak beerti lagi.

-Abdullah Idris
Bengkurong Brunei
Julai 1992.



Soalan:

1. Prosakan sajak Kasih Ibu di atas.
2. Berikan perutusan-perutusan sajak Kasih Ibu.

Jawapan:

Prosa

memang telah lama kufikir
untuk berbakti
pada ibu dan siapa nanti
alih-alih tiba saatnya kami menyendiri
antara hidup dan mati.

Aku sudah lama memikirkan untuk berbakti kepada ibu dan sesiapa juga nanti. Namun, tanpa kusedari kini kami bersendirian tanpa ibu yang telah pergi.

sejak kecil pun aku diajari
tentang anak-anak yang salat
balasannya adalah syurga
bersama ibu yang tercinta.
dan para syuhada.

Aku telah diajar dari sejak kecil lagi tentang anak-anak yang salat dan balasannya adalah syurga bersama ibu yang tercinta dan para syuhada.

tapi bila aku telah dewasa
ibu sudah tidak mau bercerita
dan aku jadi lupa
tentang hukuman anak derhaka.

Namun, setelah aku meningkat dewasa, ibu tidak mahu bercerita lagi menyebabkan aku menjadi lupa tentang hukuman anak derhaka.

lalu sekarang semuanya bagai membebani
jauh-jauh dinihari air mata membasahi
dan titis-titisnya meresapi nadi sendiri
justeru kerananya bagai menuntuti
sebuah ungkapan yang tak bererti lagi.

Kini, semuanya itu membebankan diriku. Pada waktu dinihari, air mata membasahi dan titisnya meresapi nadi, bagai menuntuti sebuah ungkapan yang tidak bererti lagi.


Perutusan

1. Jangan menderhaka kepada ibu.
2. Sikap bertangguh-tangguh tidak mendatangkan faedah.
3. Berjasa kepada ibu sewaktu hidup, dan juga selepas meninggal dunia.
4. Menghormati dan mendengar nasihat ibu.
5. Menghargai pengorbanan ibu.

Aspek-Aspek Kajian Sajak

1. Bentuk.
2. Maksud.
3. Persoalan.
4. Tema.
5. Corak.
6. Aliran.
7. Nada.
8. Gaya Bahasa.
9. Memprosa.
10. Perutusan.

1. Bentuk sajak itu merujuk kepada luaran atau fizikal sajak sebelum menyelami kandungan sajak itu. Perkara yang diberi perhatian dalam menganalisis bentuk sajak ialah rangkap, baris, suku kata dan rima.

Ketika menganalisis dari segi rangkap, pelajar perlu menyatakan berapa jumlah rangkap bagi sesebuah sajak itu.

Dari segi baris pula, pelajar perlu menyatakan jumlah baris dalam satu rangkap beserta namanya. Antara nama-nama bagi jumlah baris adalah seperti berikut:
Monoton – Satu baris.
Distikon – Dua baris.
Terzina – Tiga baris.
Quatrain – Empat baris.
Quint – Lima baris.
Sekstet – Enam baris.
Septaim – Tujuh baris.
Oktaf – Sepuluh baris.
Soneta – Empat belas baris (Dua rangkap dengan empat baris, dua rangkap lagi dengan tiga baris).

Manakala bagi suku kata, pelajar perlu menyatakan suku kata yang paling pendek dan yang paling panjang bagi sesebuah sajak itu. Pelajar hendaklah mengira suku kata bagi setiap baris terlebih dahulu bagi mengenal pasti suku kata mana yang paling pendek dan yang paling panjang.

Rima sebenarnya ada banyak bahagian seperti rima akhir, rima awal, rima tengah, rima berpeluk, rima bersilang, rima dalam, rima ganda, rima kembar, rima sempurna dan rima sumbing. Tetapi bagi pelajar di sekolah menengah, mereka hanya didedahkan untuk mengenal pasti rima akhir. Rima akhir merujuk kepada huruf terakhir bagi setiap baris dalam setiap rangkap. Kemudian dinyatakan menggunakan format a/b/c/d/e.

Setelah aspek-aspek di atas ini dikenal pasti, kemudian pelajar perlu menentukan sama ada sajak itu terikat dengan kepada pantun atau syair atau bebas.

2. Maksud Dalam usaha memberi maksud, kita mempunyai kebebasan mengikut kefahaman masing-masing. Satu rangkap hendaklah dihurai dalam satu perenggan dengan huraian yang jelas dan terperinci. Setiap ayat, baris, simbolik dan sebagainya perlu diberi makna sebenarnya. Dengan perkataan lain, kita sebenarnya cuba menyampaikan sesuatu mesej dalam bentuk huraian biasa yang dipindahkan daripada satu sajak. Kadang-kadang penulis sajak itu juga perlu diketahui latar belakangnya untuk menyokong kefahaman pembaca.

3. Persoalan - Sesebuah sajak selalunya mempunyai satu atau beberapa persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulisnya. Biasanya satu rangkap mengandungi satu persoalan. Jika sajak itu mempunyai tiga rangkap, boleh jadi ia mempunyai tiga persoalan. Selalunya antara persoalan yang diketengahkan oleh penyajak adalah seperti kemiskinan, rasuah, kebebasan, sosial, cinta, ketuhanan, pelajaran, perperangan dan sebagainya. Untuk mendapatkan persoalan, langkah awal yang perlu dilakukan ialah memberikan maksud keseluruhan sajak.

4. Tema diperolehi melalui huraian maksud dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak itu. Dalam hal ini, persoalan yang paling penting boleh disimpulkan menjadi sebuah tema.

5. Corak sesebuah sajak dapat dikenal pasti setelah kita benar-benar membaca dan memahami maksud, persoalan dan tema sajak itu. Ia juga boleh dihubungkan dengan perutusan atau motif sajak itu ditulis. Dalam perkataan lain, corak itu dikenal pasti dengan menghubungkan tema dengan teknik penulisan yang digunakan. Antara corak yang selalu digunakan adalah seperti berikut:

Satira – Penulis menyampaikan tema dengan menulis sajak dalam bentuk sindiran, ejekan dan cemuhan.
Ode – Penulis menyampaikan tema dengan menulis sajak berupa sanjungan, memuja serta mengangkat sesuatu yang dibanggakan seperti pahlawan, negara, bangsa dan sebagainya.
Epigram – Penulis menyampaikan tema dengan menulis sajak berupa pengajaran. Sajak itu padat dengan mengangkat mesej berupa nasihat, pengajaran dan didaktik moral.
Elegi – Penulis menyampaikan tema dengan menulis sajak yang meratap, hiba, pilu, duka, sedih, rindu, keluh-kesah, kesal, hampa dan kecewa terhadap sesuatu peristiwa.
Himne – Penulis menyampaikan tema dengan menulis sajak berupa pujian yang penuh semangat.

5. Aliran merujuk kepada seluruh idea yang disampaikan. Idea itu dihubungkan dengan aliran pemikiran penyajak. Antara aliran yang selalu digunakan adalah seperti berikut:

Realisme – Aliran ini memberi penekanan kepada suatu hasil sastera yang mengungkapkan kehidupan secara benar seperti yang dapat dilihat di alam biasa atau kehidupan seharian.
Simbolisme – Aliran ini cuba mengungkapkan kata-kata biasa tetapi memberi makna yang berbeza. Makna itu mungkin selapis atau lebih sehingga memerlukan pemikiran yang kritis untuk mencari makna sebenar.
Humanisme – Aliran ini memberi perhatian langsung tentang kehidupan manusia sejagat. Aliran ini biasanya memberi tempat kepada gejala manusia yang tertindas atau kelas bawahan. Mereka cuba diangkat atau diperjuangkan ke tingkat kemanusiaan yang sewajarnya.
Naturalisme – Aliran ini lahir dari cabang realisme dan bercabang dengan romantisme. Ia melihat segala kejadian di dunia ini lebih natural atau semula jadi.
Didaktisme – Aliran ini merujuk kepada maksud untuk mendidik atau memberi panduan soal moral, etika, keagamaan kepada masyarakat pembacanya. Dalam sajak terdapat unsur mengajar, membimbing, memberi nasihat dan mengajak kepada kebaikan.
Idealisme – Aliran ini lahir daripada teori, fahaman atau amalan dalam penulisan termasuk sajak yang menilai sesuatu dari segi kesempurnaannya walaupun mungkin ia tidak wujud atau tidak dapat dicapai dalam alam nyata.

7. Nada kuat hubungannya dengan perasaan tinggi rendah dan kuat lemahnya sesuatu mesej yang disampaikan dalam sajak. Ia dikaitkan dengan sikap atau semangat penyajak ketika mengungkapkan isi dalam sajaknya. Antara nada yang selalu digunakan adalah seperti berikut:

Protes – Nada ini merupakan satu nada yang keras dan menampilkan penentangan terhadap sesuatu yang berlaku sama ada secara terang atau berselindung. Ia memperlihatkan bagaimana ungkapan-ungkapan yang tidak bersetuju dengan sesuatu peristiwa yang berlaku sama ada yang terdapat dalam diri, pengalaman atau pemerhatian penyajak.
Kecewa dan hampa – Nada ini biasanya terdapat dalam sajak yang memperlihatkan perasaan putus asa dan hilang harapan. Diksi yang dipilih bernada rendah dan lembut bagi mengimbangi emosi kecewa atau hampa itu.
Semangat dan harapan – Nada ini mengambil diksi yang keras di samping menggambarkan cita-cita yang kuat untuk memperjuangkan fenomena sosial yang berlaku. Sajak yang bersemangat sekali gus membawa harapan.
Simpati – Nada ini memperlihatkan sikap penyajak yang bebas terhadap sesuatu kejadian atau kehidupan. Isi sajak seolah-olah mengajak pembaca sama-sama menaruh kasihan terhadap kejadian yang dimaksudkan oleh penyajak.
Sinis – Nada ini mengandungi unsur-unsur sindiran yang tajam terhadap sesuatu kejadian yang berlaku. Ia ditujukan kepada sesuatu pihak dan memperlihatkan sikap penyajak yang tidak puas hati terhadap sesuatu kejadian yang diungkapkannya itu.
Romantis – Nada ini lahir dari jiwa yang mahu lepas dari alam kenyataan kepada alam fantasi atau khayalan. Sajak demikian terasa mendayu-dayu dan lembut menusuk perasaan pembacanya.

8. Gaya Bahasa merujuk kepada bahasa yang digunakan oleh penyajak dalam sajaknya. Antara aspek-aspek yang perlu diperhatikan ialah diksi, frasa, unsur perbandingan dan unsur pengulangan.
Kata asing – Dalam sesebuah sajak itu ia menggunakan kata-kata asing bagi memberikan kesan dan gambaran sebenar sajak yang mereka hasilkan. Kadang-kadang kata-kata asing yang digunakan ialah bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Indonesia dan sebagainya.
Singkatan (Sinkop) – Ini merujuk kepada perkataan-perkataan yang sengaja disingkatkan oleh penyajak supaya lebih ekonomis. Contohnya mentari (daripada matahari), pepohon (daripada pohon-pohon) dan sebagainya.
Gandaan – Merupakan kata-kata berganda. Penyajak sengaja memilihnya untuk memberi penekanan terhadap mesejnya.
Simbol – Biasanya merujuk kepada kata-kata yang dipilih memberi erti yang lain di sebaliknya. Simbol juga disebut lambang. Seperti merah untuk berani, bahaya dan sebagainya.
Personifikasi – Memberikan kiasan kepada sifat-sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan mahupun tindak-tanduk objek yang mati atau binatang, idea atau benda-benda yang abstrak. Ia memanusiakan perkara-perkara yang bukan manusia atau menjadikan sesuatu yang bukan manusia bertindak sebagai manusia.
Paradoks – Merupakan frasa dalam baris-baris sajak yang menggambarkan ciri-ciri yang berlawanan khususnya dari segi maksud. Seperti siang malam, desa kota, ibu bapa, rebah bangun.
Simile – Merupakan kiasan yang memperlihatkan perbandingan dua objek yang mempunyai sifat dan nilai yang sama. Selalunya ia akan menggunakan perkataan seperti bagai, sebagai, serupa, semacam, macam, laksana, umpama, ibarat dan sebagainya.
Metafora – Juga kiasan tetapi perbandingan yang sempurna tetapi kurang langsung. Ia semacam penggunaan simbol dan simile. Untuk memudahkan, ia seperti simile tetapi tidak menggunakan bagai, seperti, umpama, ibarat dan sebagainya.
Pengulangan – Juga disebut sebagai repitasi. Pengulangan boleh jadi dalam bentuk perkataan, frasa, baris dan suku kata. Pengulangan itu dibuat sebanyak tiga kali atau lebih.
Asonansi – Ia merupakan pengulangan bunyi vokal dalam baris sajak sebanyak dua kali atau lebih secara berurutan.
Anafora – Pengulangan kata-kata pada setiap awal baris dalam satu rangkap sebanyak tiga kali atau lebih.

9. Memprosa puisi berbeza dengan mentafsirkan atau memberi maksud. Ganti nama diri perlu dikekalkan (tidak boleh ditukar). Contohnya jika penyajak menggunakan perkataan aku, kau dan kami, maka perkataan tersebut perlu dikekalkan. Begitu juga dengan ganti nama tempat. Tugas memprosa hanyamengubahkan bahasa puisi kepada bahasa prosa karangan biasa.

10. Perutusan juga dikenali sebagai pengajaran. Selepas mentafsir maksud sajak, pembaca perlu mencari apakah pengajaran di sebalik sajak itu dibuat. Perutusan sajak itu boleh diambil melalui sajak sama ada yang bersifat langsung atau tidak langsung.

Novel Pengabdian (part 1)

Novel Pengabdian: Peristiwa-Peristiwa penting.


Bab 1 : bahagian 1


1. Doktor Siti Nur merawat beberapa orang pesakit pada hari itu. Salah seorang daripadanya ialah Udin Bin Mat, seorang kanak2 penghidap Sindrom Down.
2. Udin Bin Mat dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan setiap 3 bulan sekali.
3. Seorang pasien tidak hadir iaitu Azmil, kemudian Doktor Siti Nur cuba menghubungi Faridah tetapi tiada jawapan.
4. Siti Nur mempunyai perjanjian dengan ibu bapanya yang akan datang dari Seria dan berjumpa di rumah Siti Nur pada tengah hari itu kerana ada hal penting hendak mereka bincangkan.
5. Sebelum pulang, Doktor Siti Nur dipanggil untuk merawat Shamsul di wad empat, seorang kanak-kanak penghidap leukimia. Shamsul tidak mahu jururawat lain menyuntiknya melainkan Doktor Siti Nur. Doktor Siti Nur akur dengan kehendak Shamsul walaupun waktu bekerjanya sudah habis.
6. Ketika rehat tengah hari, Doktor Siti Nur balik ke flatnya yang terletak di Bandar Seri Begawan. Namun ibu bapanya masih belum sampai. Ini menyebabkannya berasa risau kerana ibunya berjanji akan datang pada jam 12 tengah hari. Ibu bapanya belum sampai sehingga Siti Nur bekerja semula pada waktu petang.


Watak:
 Doktor Siti Nur
 Udin Bin Mat
 Shamsul


Konteks:
“Sudah balik, Siti.”sapa orang tua yang sudah berumur setengah abad itu.
“Mama dan abah belum sampai lagi, mak cik?” tanya Siti Nur.
“Belum. Siti nak makan dulu?”


Soalan:
 Siapakah mak cik Siti Nur itu?
 Siti Nur balik dari mana? Apakah yang Siti Nur lakukan sebelum balik?
 Siapakah Ibu bapa Siti Nur? Mengapa mereka lambat sampai ke rumah Siti Nur?


Perbincangan:
 Bagaimanakah layanan Siti Nur terhadap orang-orang di sekelilingnya seperti pesakitnya, jururawatnya, pembantu rumahnya dan ibu bapanya?


Bab 1 : bahagian 2


1. Fatimah dan Marof dalam perjalanan menuju ke tempat kediaman Siti Nur di Bandar Seri Begawan.
2. Fatimah merungut kerana mereka terlewat sampai ke tempat Siti Nur, memandangkan suaminya Marof singgah ke Kampong Limau Manis untuk menghantar barang Haji Salam.
3. Kelewatan mereka menyebabkan ia tidak sempat berbincang tentang hal Zul dan Marina dengan Siti Nur pada petang itu kerana Siti Nur sudah turun bekerja pada waktu petang.
4. Marof mencadangkan Fatimah bermalam di rumah Siti Nur memandangkan ia kesuntukan masa petang itu kerana menjadi hakim (umpire) perlawanan tennis.
5. Fatimah akur walaupun sebenarnya ia merasa marah dengan sikap suaminya. Fatimah bertambah marah apabila Marof menyuruhnya naik bas untuk pulang ke Seria pada esoknya. Baginya Marof lebih mementingkan orang lain dan aktiviti luar berbanding dengan keperluan dan kepentingan keluarga.


Watak:
 Fatimah
 Marof


Konteks:
“Saya kira nak berunding dengan Siti waktu tengah hari tadi. Ini, dah tergendala.”
“Hal ni datang mendadak, Mah.”
“Itulah saya sudah kata tadi, kalau untuk orang lain awak menyanggup saja.”


Soalan:
 Apakah yang hendak mereka bincangkan dengan Siti Nur?
 Apakah yang berlaku hingga menyebabkan rancangan mereka tergendala?
 Apakah watak itu berkata ‘kalau untuk orang lain awak menyanggup saja’?


Perbincangan:
 Apakah yang Fatimah dan Marof tengkarkan ketika dalam perjalanan dari Seria menuju ke flat Siti Nur di Bandar Seri Begawan?


Bab 1 : bahagian 3


1. Pada setiap petang hari Isnin iaitu selepas waktu bekerja, diadakan perjumpaan antara doktor-doktor dan pegawai-pegawai rumah sakit seperti teknisyen-teknisyen makmal, x-ray, despensari dan jururawat-jururawatagar mereka dapat berbincang mengenai masalah yang timbul. Begitu juga pada hari tersebut diadakan perjumpaan yang sama.
2. Sebelum perbincangan (kuliah) dimulakan, mereka berbual-bual. Doktor Susan dan doktor lain ada yang merungut mengenai hal mereka dipanggil ke luar hanya untuk merawat kes yang remeh temeh.
3. Kemudian Samuel datang bersama Joana. Siti Nur membuat perjanjian untuk berjumpa Samuel pada lusanya bagi membincangkan kes bedah kanak-kanak.
4. Di antara mereka yang turut hadir pada hari itu ialah Doktor Siti Nur, Doktor Samuel, Doktor Jones, Doktor Susan dan Joana. Fokus perbincangan mereka pada hari itu ialah tentang penyakit Thalassaemia Beta Major, sejenis penyakit keturunan.
5. Junaidah adalah salah seorang di antara pesakit Doktor Siti Nur yang menghidap penyakit ini. Doktor Jones memberi pendapat agar rawatan terhadap pesakit seperti Junaidah diberhentikan agar gen keabnormalannya (penyakitnya itu) tidak diturunkan kepada zuriatnya kelak, terutama jika ia berkahwin & beranak-pinak.
6. Siti Nur membantah keras pendapat tersebut kerana baginya, sikap tersebut adalah sikap yang di luar peri kemanusiaan dan bertentangan dengan kod etika profesion kedoktoran mereka.


Watak:
 Doktor Samuel
 Doktor Jones
 Junaidah


Konteks:
“Aku tidak bersetuju dengan pendapat Doktor Jones itu.”
“Tapi pendapatnya itu praktikal.”
“Dalam berhadapan dengan nyawa manusia soal praktikal tidak timbul.”
“Tapi negara kita perlu masyarakat yang sihat fizik dan mentalnya.”


Soalan:
 Apakah pendapat Doktor Jones?
 Mengapa Doktor Jones berpendapat begitu dan mengapa Siti Nur membantah?


Perbincangan:
Bincangkan apakah yang dikatakan penyakit Thalassaemia Beta Major dan apakah orang yang menghidap penyakit ini harus diberhentikan rawatannya atau diteruskan?


Bab 1 : bahagian 4


1. Fatimah bermalam di rumah anaknya Siti Nur.
2. Ia membincangkan tentang hal Zul dan Marina.
3. Menurutnya, Marina ditahan di rumah sakit kerana mencuba untuk membunuh diri dan menggugurkan kandungannya hasil perhubungannya dengan Zul
4. Zul yang kini berada di luar negeri dikehendaki untuk bertanggungjawab.
5. Namun Zul tidak bersedia untuk balik kecuali keluarganya sanggup membayarkan tiket kepulangannya dan belanja pernikahannya.
6. Siti Nur sanggup membantu Zul untuk mengeluarkan perbelanjaan tersebut.
7. Fatimah juga bercerita tentang suaminya Marof yang hendak menyewakan tanah T.O.L kepada Peter untuk dibangunkan rumah sewa.
8. Juga mengenai Hannah yang selalu keluar malam bersama Wardi yang belajar di England tetapi pulang cuti musim sejuk.


Watak:
 Zul
 Marina
 Wardi
 Peter
 Hannah


Konteks:
“Kata mama tadi banyak hal lagi yang hendak dibincangkan? Hal apa lagi ma?”
“Kau letih?” tanya ibunya.
“Tidak. Mama berceritalah. Saya dengar.”
“Ini fasal abah kau pula; fasal Hannah juga.”


Soalan:
 Apakah yang mereka bincangkan sebelum konteks ini diperkatakan?
 Apakah yang berlaku dengan ‘abah’ dan Hannah?


Perbincangan:
Apakah yang dibincangkan oleh Fatimah dan Siti Nur?


Bab 1 : bahagian 5


1. Azmil mengamuk kerana tidak mahu berjumpa doktor sehingga akhirnya Faridah terpaksa membatalkan perjumpaan bersama doktor Siti Nur.
2. Faridah kasihan melihat Azmil semakin susut akibat penyakit jantung berlubang.
3. Namun, Azmil enggan dibedah seperti yang disyorkan oleh Doktor Siti Nur kerana ia tidak mahu mati awal dan ingin berada di sisi ayahnya Khalid.
4. Tetapi khalid tidak ada di sisinya sekarang (dipenjara).
5. Kemudian Faridah teringat akan kisah lalunya dari sejak remaja, pertemuannya dengan Khalid hinggalah sekarang.


Watak:
 Azmil
 Faridah
 Khalid


Konteks:
“Kenapa Az? Kenapa Az begitu takut untuk dibedah?”
“Az takut mati, mama,” jawabnya perlahan. “Az belum mahu mati. Az sedang menunggu kepulangan ayah!”


Soalan:
 Kenapa Azmil harus dibedah?
 Siapakah ayah Azmil?
 Di mana ayah Azmil sekarang dan mengapa dia di sana?


Perbincangan:
Mengapakah Faridah tetap mahu menjalankan pembedahan ke atas Azmil?


Bab 1 : bahagian 6


1. Pada hari itu, Siti Nur terpaksa menumpang kereta Samuel untuk balik ke Seria kerana keretanya rosak dan berada di workshop.
2. Sewaktu perjalanan balik, Siti Nur terkenangkan peristiwa lalu yang berlaku di antara Samuel dengannya. Mereka rapat sejak kecil hingga dewasa.
3. Hubungan mesra mereka bertambah erat lagi ketika mereka sama-sama belajar di luar negeri sehingga akhirnya menjadi pasangan kekasih.
4. Namun, Siti Nur kecewa dengan pegangan Samuel tentang agama. Samuel yang beragama Kristian kononnya sanggup memeluk agama Islam demi kasihnya terhadap Siti Nur.
5. Siti Nur kecewa, baginya, Samuel tidak ikhlas dengan agama Islam. Perhubungan mereka putus tanpa kata setamatnya pengajian Siti Nur di luar negeri.
6. Sedangkan, Samuel pada ketika itu menyambung pengajiannya dalam bidang pembedahan selama setahun. Samuel selalu juga menghubungi Siti Nur setelah tamat pengajiannya di luar negeri.
7. Namun, Siti Nur hanya menganggapnya sebagai kawan. Sehingga kini, Siti Nur masih menganggapnya seperti kawan biasa.


Watak:
 Samuel
 Siti Nur


Konteks:
“Sorry Sam. Aku tak dengar apa yang you cakap tadi”.
“I kata jauhnya lamunan you tu.”


Soalan:
 Mengapakah Siti Nur tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Samuel?
 Mengapakah Siti Nur menumpang kereta Samuel.
 Apakah yang dilamunkan oleh Siti Nur?


Perbincangan:
Bincangkan bagaimanakah perhubungan antara Siti Nur dengan Samuel sejak kecil hingga sekarang?


Bab 1 : bahagian 7


1. Sewaktu Samuel singgah dan makan tengah hari di rumah ibu bapanya di Kuala Belait, ayahnya, Peter memujuknya agar menerima tawaran untuk mengendalikan rumah sakit prebet yang akan didirikan oleh rakan seniaga.
2. Dalam hal ini, Samuel langsung tidak berminat. Baginya, dirinya lebih dikehendaki di rumah sakit kerajaan dan ia lebih berpuas hati dengan tugasnnya sekarang.
3. Peter juga ada menyentuh tentang tanah T.O.L yang akan disewanya daripada Marof untuk dibangunkan rumah sewa.
4. Samuel marah dengan tindakan ayahnya yang agak keterlaluan tersebut. Baginya, ayahnya bersifat tamak.
5. Selepas makan tengah hari, Samuel terkenangkan tentang Siti Nur yang kini tidak semesra dahulu lagi dengannya.


Watak:
 Peter
 Nyonya Peter
 Samuel


Konteks:
“Kita tidak semestinya membiarkan kesempatan berlalu begitu saja. Kita mesti rebut peluang yang ada. Kerana itulah aku mahu kau menerima tugas mengendalikan rumah sakit itu nanti.”
Tapi Samuel tidak menyampuk apa-apa. Dibiarkannya saja ayahnya berbicara berterusan.
“Tengok macam aku. Memang aku telah punya banyak rumah sewa tetapi sekarang aku ada peluang untuk membangun sebuah rumah sewa lagi.


Soalan:
 Apakah Samuel menerima tawaran mengendalikan rumah sakit baru itu?
 Peter seorang yang kaya, apakah sumber-sumber ekonomi beliau?


Perbincangan:
Bincangkan apakah pendapat kamu tentang sikap Peter?


Bab 1 : bahagian 8


1. Kini sudah seminggu Marina ditahan di rumah sakit Kuala Belait akibat percubaannya membunuh diri (memakan panadol berlebihan) dan menggugurkan kandungannya hasil perhubungan haramnya dengan Zul. Mulanya Marina ditahan di wad 5 iaitu wad ibu keguguran kandungan untuk proses pencucian rahim. Kemudian Marina dipindah ke wad 10 iaitu wad pesakit perempuan.
2. Ia melakukan hubungan luar nikah dengan Zul ketika Zul balik bercuti pada bulan September lalu. Marina takut kehilangan Zul dan disebabkan cinta, dia telah menyerahkan dirinya. Beberapa bulan berikutnya, Marina didapati mengandung.
3. Walaupun surat sudah dikirimkan kepada Zul yang berada di England, namun, tiada balasan yang diterima daripada Zul. Wardi yang balik dari England memberitahu, Zul mempunyai teman wanita mat saleh di sana.
4. Marina kecewa mendengar berita tersebut hingga bertindak membunuh diri.
5. Seorang ustaz telah datang dan memberitahu Marina bahawa membunuh diri bukanlah penyelesaian kepada masalah. Ustaz menerangkan mengenai akibat roh orang bunuh diri, semua masalah boleh diatasi dan Marina masih sempat untuk bertaubat. Marina akhirnya insaf.
6. Ketika di wad, Marina dilawat oleh Siti Nur. Siti Nur banyak memberi dorongan dan semangat kepada Marina agar tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam hidup.


Watak:
 Marina
 Zul


Konteks:
“Assalamu’alaikum, Rina”
“Oh, Kak Siti.”
“Jauh benar menungan Rina.”
“Duduklah, Kak Siti.”
“Tak mengapa, kaubaring saja Rina. Biar kakak duduk di sini.”


Soalan:
 Mengapakah Marina ditahan di rumah sakit?
 Apakah yang dimenungkan oleh Marina?
 Bagaimanakah penyelesaian masalah Zul dan Marina ini?


Perbincangan:
Bincangkan sejauhmanakah perhubungan antara Zul dan Marina?


Bab 1 : bahagian 9


1. Pada malam itu, Hannah hendak pergi ke pesta malam bersama kawan. Fatimah menegur mengenai pakaian Hannah yang tidak sopan. Siti Nur juga melarangnya pergi kecuali Hannah mengerjakan solat fardhu Maghrib terlebih dahulu.
2. Pada mulanya Hannah tidak mahu mengerjakan solat dan beralasan akan mengerjakannya apabila balik dari pesta. Namun Siti Nur berkeras sehingga menyebabkan Hannah terpaksa akur dengan perintah kakaknya.
3. Setelah selesai mengerjakan solat, Hannah membatalkan hasratnya untuk pergi ke majlis pesta malam. Mereka sekeluarga berbual panjang dan bercakap tentang peranan wanita dalam Islam. Antaranya, tentang kecantikan, pekerjaan, perkahwinan, kewajipan wanita, keistimewaan wanita sebagai ibu, tentang manusia dan hukum.


Watak:
 Hannah
 Siti Nur


Konteks:
“Tak jadi parti?”
Malas. Terpaksa kena pakai mekap dan kemaskan rambut. Malas ah.”
“Merajukkah ni?” tanya Siti Nur.
“Apa nak dirajukkan! Nah memang dah tak ada mood.”


Soalan:
 Mengapa Siti Nur melarang Hannah pergi ke parti?
 Apakah yang mereka bualkan selepas Hannah tidak jadi pergi ke parti?


Perbincangan:
Bincangkan sikap Hannah dan peranan wanita dalam Islam.


Bab 1 : bahagian 10


1. Pada malam itu, bekalan elektrik terputus di flat tempat Siti Nur tinggal. Dalam keadaan gelap, Siti Nur dan Mak Cik Hindon tetap makan malam.
2. Ketika makan malam inilah, Mak Cik Hindon menceritakan peristiwa hitam sewaktu pemberontakan dahulu. Hindon telah pergi ke Lumapas tempat kakaknya. Tiba-tiba pemuda-pemuda datang meinta perlindungan. Menurutnya, mereka adalah pemberontak dan ia pernah bercinta dengan Harun, salah seorang pemberontak tersebut, namun cinta mereka tidak kesampaian apabila Harun terbunuh di Kalimantan.
3. Siti Nur juga teringat peristiwa sewaktu pemberontakan dulu. Ia ingat ketika itu mereka menonton pertunjukkan pentas, tiba-tiba polis diarahkan berkumpul di balai-balai polis kerana pemberontak cuba menguasai balai-balai polis di seluruh negara.
4. Maraof pula pernah ditangkap kerana menguburkan senjata di belakang rumah sewa atas peintah darurat.
5. Siti Nur juga ingat ketika itu hujan melanda seluruh negeri menyebabkan banjir kilat. Hal ini menyebabkan ia tidak dapat pergi ke sekolah dan terpaksa duduk di rumah membantu ibunya membuat kuih muih.
6. Berikutan dengan peristiwa ini, Siti Nur teringat tentang usu Khalidnya yang kini meringkuk di dalam penjara, kerana menyiarkan risalah-risalah anti kerajaan. Masalahnya, usu Khalid tidak mahu melepaskan perjuangannya, sedangkan anaknya Azmil memerlukannya di sisi. Siti Nur berjumpa Faridah menyuruh untuk memujuk Khalid.
7. Untuk membantu, Siti Nur akan menulis surat kepada Khalid. Siti Nur juga teringat peristiwa Khalid semasa zaman persekolahan.


Watak:
 Khalid
 Hindon
 Harun


Konteks:
“ Eh, panjang! Eh, pejam! Ehh... padam!” Hindon melatah.
Dian mana, mak cik?” Siti Nur memanggil dari tempat duduknya.
“Tunggu sekejap. Mak cik ambil.”


Soalan:
 Ketika tenaga elektrik terputus, apakah yang Siti Nur dan Hindon ceritakan?
 Apakah yang Siti Nur lakukan untuk membantu Faridah, Azmil dan Khalid?


Perbincangan:
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Siti Nur seperti dian yang sedang menerangi mereka sekarang tetapi membakar diri sendiri demi kepentingan orang lain’?


Bab 1 : bahagian 11


1. Pada hari itu, Syukri menghadiri persidangan. Ia berasa gembira apabila usahanya untuk menubuhkan semula komiti yang bertugas bagi menelaah masalah tahanan-tahanan politik telah mendapat perkenan daripada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
2. Ia tahu Siti Nur tentu gembira mendengar berita ini kerana Siti Nur yang telah meminta pertolongan daripadanya mengenai masalah tersebut.
3. Pada mulanya, ia ingin menyampaikan berita tersebut kepada Siti Nur, tetapi Siti Nur tidak dapat dihubungi.
4. Syukri teringat kisah lamanya dengan Siti Nur. Sebenarnya dia jatuh cinta kepada Siti Nur ketika ia mengikuti kursus pegawai polis di England.
5. Hal ini menyebabkan ia masih membujang sehingga kini walaupun sebelumnya, Siti Nur pernah menolak lamarannya secara baik. Ia berharap dan berdoa agar suatu hari nanti, hati Siti Nur terbuka untuk menerima dirinya.


Watak:
 Syukri
 Siti Nur


Konteks:
“Kamariah, tolong berikan saya line keluar, ke Rumah Sakit Besar”
“Baik, tuan.”
“Operator Rumah Sakit Besar on the line, tuan.”
“Terima kasih, Kamariah.”
Tetapi Siti Nur mengambil cuti kerana kepulangan saudara lelakinya.


Soalan:
 Siapakah yang dipanggil tuan?
 Apakah urusannya hingga benar-benar mahu menghubungi Siti Nur?


Perbincangan:
Bincangkan sejauhmanakah hubungan Siti Nur dengan Syukri?


Bab 1 : bahagian 12


1. Siti Nur menyambut kepulangan adiknya, Zul.
2. Samuel memberitahu kepada Siti Nur bahawa Samuel hendak memeluk agama Islam dan diuruskan oleh Siti Nur sekeluarga.
3. Siti Nur dan Zul berbual-bual di dalam kereta mengenai hal pernikahan mereka dan penampilan Zul.
4. Di rumah, Fatimah marah dengan penampilan Zul.
5. Keluarga Marof sibuk membuat persiapan bagi perkahwinan Zul dan Marina.
6. Majlis pernikahan Zul diteruskan dengan majlis pengislaman Samuel
7. Siti Nur termenung tentang kemesraannya dengan Doktor Muhammad Faisal Bin Abdullah.


Watak:
 Doktor Muhammad Faisal Bin Abdullah
 Zul
 Siti Nur


Konteks:
“Apa khabar Doktor Samuel kak?”
“Kautahu? Samuel akan masuk Islam serentak di upacara pernikahanmu nanti.”
“Yakah? Mengapa tidak dijadikan saja double wedding kak?”


Soalan:
 Zul baru pulang dari England. Bagaimanakah keadaan penampilan Zul?
 Mengapa Zul mencadangkan untuk membuat double wedding?
 Apakah respon Siti Nur apabila Samuel hendak memeluk agama Islam?


Perbincangan:
Bincangkan mengenai bagaimanakah pengurusan perkahwinan Zul dan Marina serta majlis pengislaman Samuel.

Hikayat Awang Kamaruddin

Hikayat Awang Kamaruddin: sinopsis dan peristiwa-peristiwa penting

BAB 1: Khabar Keelokan

Sinopsis
Bab 1 mengisahkan Lamang Labai yang merebut Dang Kasuma yang sudah bertunang dengan Anggayan Damit. Lamang Labai merupakan seorang pemuda yang berilmu, gagah, berani dan pernah berguru kepada Raja Jin Tujuh Seperadian di Gadung Batu di Bukit Si Guntang. Lamang Labai melarikan Dang Kasuma ke istananya yang terletak di Bukit Sinarubai. Walaupun sudah dipujuk oleh orang-orang tua, Lamang Labai tetap dengan keinginannya untuk memperisterikan Dang Kasuma. Anggayan Damit telah mencabar Lamang Labai untuk beradu kekuatan, yang menang akan memiliki Dang Kasuma. Akhirnya Lamang Labai berjaya mengalahkan Anggayan Damit. Lamang Labai memperisterikan Dang Kasuma. Mereka mempunyai dua orang anak. Anak lelaki bernama Awang Kamaruddin dan perempuan bernama Dang Kumala.


Peristiwa-peristiwa Penting:


1. Lamang Labai berguru kepada Raja Jin Tujuh Seperadian di Gadung Batu di Bukit Si Guntang
2. Lamang Labai mendengar khabar dari kawan-kawannya, ada seorang gadis yang tidak berbanding kecantikannya.
3. Lamang Labai melarikan Dang Kasuma, tunang Anggayan Damit
4. Orang-orang kampung Dang Kasuma cuba memujuk Lamang Labai supaya memberikan Dang Kasuma
5. Lamang Labai meyakinkan orang-orang kampung Dang Kasuma yang ia ingin memperisterikannya.
6. Orang2 kampung mengkhabarkan kepada Anggayan Damit, tunang Dang Kasuma
7. Lamang Labai berperang dengan Anggayan Damit
8. Lamang Labai berjaya membunuh Anggayan Damit
9. Anggayan Damit berwasiat supaya Lamang Labai menamakan anaknya Awang Kamaruddinjika lelaki dan Dang Kumala jika perempuan.
10. Dang Kumala meminta Lamang Labai membunuhnya
11. Lamang Labai membunuh Dang Kumala
12. Lamang Labai mengahwini Dang Kasuma
13. Lamang Labai dan Dang Kasuma memperolehi zuriat, lelaki bernama Awang Kamaruddin dan perempuan bernama Dang Kumala.


Bab 2: Melihat Dalam Kesaktian


Sinopsis


Bab 2 mengisahkan Awang Kamaruddin yang ingin merebut Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, tunang Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti di negeri Jawa. Ibunya Dang Kasuma berusaha melarang kemahuan Awang Kamaruddin kerana Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sudah bertunang. Namun Awang Kamaruddin beralasan bahawa dia sengaja merebut Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa supaya dapat berperang dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang terbilang handal, bertapa di Bukit Si Guntang-Guntang dan diasuh oleh Tuan Puteri Si Raksasa sejak kecil. Dang Kasuma terpaksa merestui keinginan Awang Kamaruddin dan memberikan persalinan yang diwasiatkan oleh ayahnya, Lamang Labai.


Peristiwa-peristiwa Penting.


1. Awang Kamaruddin berguru kepada Raja Jin seperadian
2. Awang Kamaruddin dapat tahu bahawa Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa akan dikahwinkan dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti
3. Awang Kamaruddin mengarahkan Si Timbul dan Si Kabul memanggil Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu untuk meminta bantuan.
4. Awang Kamaruddin pulang ke Panggau Tujuh Gading, untuk meminta izin ibunya.
5. Dang Kasuma melarang Awang Kamaruddin mengahwini Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa kerana sudah bertunang
6. Awang Kamaruddin menjelaskan memang dia berniat untuk merampas supaya dapat berperang
7. Awang Kamaruddin berhias dengan persalinan peninggalan ayahnya
8. Awang Kamaruddin memberitahu Dang Kumala tentang niatnya
9. Dang Kumala menyokong dan menasihati supaya berhati-hati


Bab 3: Berajung Ke Negeri Jawa


Sinopsis


Bab 3 mengisahkan bermulanya tindakan Awang Kamaruddin merebut Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Dia pergi ke Jawa menggunakan perahunya yang bernama Si Lancang Kuning Naga Sakti, ditemani oleh sepupunya iaitu Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu. Tiba di Jawa, mereka disambut oleh Raja Muda Indera Bongsu. Penghuni Istana tidak mengetahui maksud kedatangan Awang Kamaruddin. Awang Kamaruddin berjaya memujuk Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dengan ilmu guna-guna sehingga Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa menyukainya. Perbuatan Awang Kamaruddin telah disedari oleh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang sedang bertapa di Bukit Si Guntang-Guntang. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti memohon kebenaran dari Tuan Puteri Si Raksasa untuk ke negeri Jawa menentang Awang Kamarudin.


Peristiwa-peristiwa Penting:


1. Awang Kamaruddin, Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu pergi ke negeri Jawa, menaiki ajung Si Lancang Kuning Naga Sakti.
2. Raja Muda Indera Bongsu menyambut kedatangan Awang Kamaruddin, Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu di Anjung Pembujangan.
3. Awang Kamaruddin menemui Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dengan menyamar suara Raja Muda Indera Bongsu
4. Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa pengsan bila melihat Awang Kamaruddin yang datang
5. Awang Kamaruddin menggunakan kesaktiannya sehingga Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sedar dan suka kepadanya
6. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti menerima gerak alamat tidak baik
7. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti melihat melalui kesaktiannya seorang lelaki sedang mendatangi tunangnya
8. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti memberitahu Tuan Puteri Si Raksasa apa yang dilihatnya
9. Tuan Puteri Si Raksasa mengarahkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti pulang ke negeri Jawa
10. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti menjadi Lalat Kuning terbang ke negeri Jawa


BAB 4: Mandi Berlangir


Sinopsis


Bab 4 mengisahkan pada esok paginya, pengantin bersiap-siap untuk disandingkan. Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai menyuruh Awang Kamaruddin dan Raja Muda Indera Bongsu memandikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Semasa memandikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, Awang Kamaruddin telah mengambil kesempatan untuk menggunakan ilmu guna-guna ke atas Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Awg Kamaruddin tidak menggunakan langir yang telah disediakan tetapi menggunakan langgir pertapaan ayahnya. Raja Muda Indera Bongsu menyedari perbuatan Awang Kamaruddin untuk memikat hati Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa


Peristiwa-peristiwa Penting:


1. Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai menyuruh Awang Kamaruddin dan Raja Muda Indera Bongsu memandikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa
2. Awang Kamaruddin dan Raja Muda Indera Bongsu memandikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa
3. Awang Kamaruddin menggunakan Penududh Burung untuk menawan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa
4. Raja Muda Indera Bongsu mengetahui yang Awang Kamaruddin ingin merebut Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa


BAB 5: Di Panggau Penganggunan


Sinopsis


Bab 5 mengisahkan majlis perkahwinan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Raja Muda Indera Bongsu mempersilakan Awang Kamaruddin untuk menjalankan upacara menapakkan. Awang Kamaruddin berpura-pura menapakkan tapak tangan pengantin lelaki ke ubun-ubun pengantin perempuan. Semasa menapakkan itu, Awang Kamaruddin telah melapis tapak tangan pengantin lelaki dengan jari manisnya, maka yang menyentuh ubun-ubun pengantin perempuan bukan kulit pengantin lelaki tetapi kulit Awang Kamaruddin. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti menyedari Awang Kamaruddin ingin merebut Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, lalu berlakulah perperangan antara Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti serta pengikut masing-masing.


Peristiwa-peristiwa penting:


1. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti tiba di negeri Jawa.
2. Awang Kamaruddin, Raja Muda Indera Bongsu, Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu menyambut kedatangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
3. Raja Muda Indera Bongsu mempersilakan Awang Kamaruddin menapakkan pengantin.
4. Awang Kamaruddin berpura-pura menapakkan tangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti ke ubun-ubun Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, jari manisnya melapisi tapak tangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
5. Awang Kamaruddin mendudukkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti di sebelah kiri Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
6. Awang Kamaruddin duduk di sebelah kanan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
7. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti marah kerana Awang Kamaruddin mendudukkannya di tempat yang salah.
8. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti menuduh Awang Kamaruddin hendak merebut isterinya.
9. Awang Kamaruddin mengakui yang dia ingin merebut Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
10. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti mengamuk menikam Awang Kamaruddin tetapi tidak kena.
11. Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti meneruskan perang di Bukit Perhentian.
12. Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu menyambut serangan pengikut Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
13. Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti meneruskan perang di Gunung Mega Berangkat.
14. Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti meneruskan perang di Bukit Tunan.
15. Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti meneruskan perang di Gunung Maha Biru.
16. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti meminta rehat kerana dahaga.
17. Awang Kamaruddin bersetuju dan pergi mencari air.
18. Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti meneruskan perang.
19. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti meminta rehat kerana dahaga.
20. Awang Kamaruddin bersetuju dan menyuruh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti mencari air namun tidak terjumpa.
21. Awang Kamaruddin membuat kolam palsu menggunakan keris saktinya.
22. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti cuba meminum tetapi gagal.
23. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti menjilat lebihan air di tapak tangannya lalu menjadi kuat.
24. Awang Kamaruddin menghentakkan kakinya, isyarat meminta bantuan adiknya di Bukit Sinarubai.


BAB 6: Gerak Panggilan.


Sinopsis


Bab 6 mengisahkan adik Awang Kamaruddin, Dang Kumala mengumpulkan sanak-saudara untuk membantu abangnya berperang di Jawa. Mereka dengan kuasa sakti bertukar menjadi berjenis-jenis burung dan terus terbang menuju ke negeri Jawa. Setiba di Jawa mereka terus berperang dengan pengikut-pengikut Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Kemudian, Dang Kumala bersama Dang Bongsu pergi ke Bukit Si Guntang-Guntang, tempat pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dan Tuan Puteri Si Raksasa, untuk mengambil Anak Batu pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Dengan batu inilah mereka kemudian membantu Awang Kamaruddin mengalahkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Batu itu digunakan untuk mengasah mata keris Awang Kamaruddin dan akhirnya Awang Kamaruddin berjaya membunuh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti, namun dihidupkannya semula. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti mengaku kalah dan membenarkan Awang Kamaruddin memperisterikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.


Peristiwa-peristiwa penting:


1. Dang Kumala juga pernah menuntut ilmu kepada Raja Jin tujuh seperadian. Kemudian dia mendapat gerak panggilan lalu melihat dalam kesaktian bahawa Awang Kamaruddin sedang berperang.
2. Dang Kumala bersama sepupunya Dang Siti Noralam, Dang Siti Kumala Indera Sakti, Dang Dara, Dang Darni, Dang Bongsu dan Dang Indah Bulan.
3. Si Timbul dan Si Kabul memanggil Awang Abdul Kaim, Awang Abdul Mumin, Awang Si Mutaram, Awang Bongsu Adun, Awang Abdul Fakar, Awang Abdul Kunchang dan Awang Bongsu Sukaim.
4. Dang Kumala bersama 14 orang sepupunya membunuh semua pengikut Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
5. Dang Bongsu dan Dang Kumala pergi ke Bukit Si Guntang-Guntang, mengambil Anak Batu pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Tuan Puteri Si Raksasa tidur di siring Batu Pertapaan.
6. Dang Bongsu dan Dang Kumala ke Gunung Maha Biru mendamaikan Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
7. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti mahu berdamai jika Dang Bongsu mencarikannya pengganti dan Dang Bongsu mahu jadi pengganti tetapi kemudian Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti tidak mahu berdamai kerana berasa malu jika mengaku kalah.
8. Dang Kumala memukau Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti, lalu mengambil keris Awang Kamaruddin dan mengasahkannya pada Anak Batu pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
9. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti merasa sejuk dan gerak umur datang lagi kepadanya.
10. Dang Kumala menyuruh mereka berperang semula. Dan akhirnya Awang Kamaruddin berjaya membunuh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
11. Kemudian Awang Kamaruddin menghidupkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang akhirnya mengaku kalah dan sudi menyerahkan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.




BAB 7: Mulih ke Negeri Timur


Sinopsis


Bab 7 mengisahkan setelah selesai berperang, Awang Kamaruddin kembali ke istana negeri Jawa. Dia disambut oleh Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai, kemudian Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai bertanyakan khabar Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Awang Kamaruddin menjelaskan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti selamat, dihidupkannya semula dan sudah pulang ke negerinya. Hiduplah Awang Kamaruddin bersama Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dengan bahagia. Tidak berapa lama kemudian, Awang Kamaruddin membawa Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa pulang ke negeri Timur. Raja Muda Indera Bongsu ikut pulang untuk meminang Dang Kumala.


Peristiwa-peristiwa penting:


1. Awang Kamaruddin kembali ke Istana Besar negeri Jawa setelah berperang di Gunung Maha Biru.
2. Awang Kamaruddin menjumpai isterinya dan Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai.
3. Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai sedih dengan kematian Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
4. Awang Kamaruddin menjelaskan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti telah dihidupkannya kembali.
5. Awang Kamaruddin membawa Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa pulang ke Bukit Sinarubai.
6. Raja Muda Indera Bongsu turut ke Bukit Sinarubai hendak meminang Dang Kumala.
7. Awang Kamaruddin, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan Raja Muda Indera Bongsu tiba di Bukit Sinarubai.


BAB 8: Meminang ke Bukit Surau


Sinopsis


Bab 8 mengisahkan Awang Kamaruddin berhasrat untuk memenuhi keinginan ibunya sejak Awang Kamaruddin kecil lagi, iaitu untuk menjodohkan Dang Siti Noralam yang tinggal di Istana di Bukit Surau dengan Awang Kamaruddin. Dang Siti Noralam telah merajuk dan melarikan diri ke hulu negeri Jawa. Awang Kamaruddin meminta Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu untuk menemaninya ke sana. Tuan Puteri Si Raksasa memberitahu bahawa ia tidak tahu di mana Dang Siti Noralam.Awang Kamaruddin menyedari Tuan Puteri Si Raksasa menipunya, lalu membunuhnya. Dang Siti Noralam dijumpai di dalam bangsi, Awang Kamaruddin menghidupkannya semula. Dang Siti Noralam masih marah kepada Awang Kamaruddin sehinggalah Awang Kamaruddin menggunakan ilmu penunduknya untuk melembutkan hati Dang Siti Noralam. Akhirnya mereka pulang ke Bukit Sinarubai.


Peristiwa-peristiwa penting:


1. Awang Kamaruddin meminta persetujuan Dang Kasuma dan isterinya untuk memperisterikan Dang Siti Noralam, tunang Awang Kamaruddin sejak kecil.
2. Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa mempersetujui keinginan Awang Kamaruddin.
3. Dang Kasuma mengarahkan Awang Abdul Mumin dan Awang Si Mutaram ke Bukit Surau meminang Dang Siti Noralam.
4. Dang Siti Noralam melarikan diri ke negeri Jawa, merajuk kerana dulu tidak disukai Awang Kamaruddin, dia meminta telan kepada Tuan Puteri Si Raksasa.
5. Awang Kamaruddin meminta Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu menemaninya ke Jawa.
6. Awang Kamaruddin, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu sampai di rumah Anak Raja Betara Kala untuk bertemu Tuan Puteri Si Raksasa.
7. Tuan Puteri Si Raksasa menjelaskan bahawa ia tidak tahu ke mana Dang Siti Noralam pergi.
8. Awang Kamaruddin menyedari yang Tuan Puteri Si Raksasa menipunya lalu membunuh Tuan Puteri Si Raksasa.
9. Awang Kamaruddin berjaya menghidupkan semula Dang Siti Noralam yang dijumpainya di dalam bangsi, disembunyikan oleh Tuan Puteri Si Raksasa.
10. Dang Siti Noralam tidak menyukai Awang Kamaruddin.
11. Awang Kamaruddin menggunakan ilmu penunduknya sehingga Dang Siti Noralam menyukainya.
12. Awang Kamaruddin membawa Dang Siti Noralam pulang ke Bukit Sinarubai.


BAB 9: Mengambil Buah Pinang


Sinopsis


Bab 9 mengisahkan Awang Kamaruddin ingin mencari adik-beradiknya yang lain. Menurut Dang Kasuma, Awang Kamaruddin mempunyai dua orang adik lagi, adik lelaki bernama Sultan Bongsu dan adik perempuannya bernama Tuan Puteri Kumala Bongsu. Kedua-dua adiknya berada di dalam sebiji buah pinang bernama Pinang Si Gangga Wari yang tumbuh di tepi laut. Mereka dipertapakan oleh Lamang Labai, ayah mereka. Pertapaan itu kebetulan selesai hari itu juga. Awang Kamaruddin meminta keizinan dari Dang Kasuma untuk membuka pertapaan ayahnya dan membawa kedua-dua adiknya pulang ke Bukit sinarubai.


Peristiwa-peristiwa penting:


1. Awang Kamaruddin bertanya kepada bondanya kalau-kalau masih ada adiknya di negeri lain.
2. Dang Kasuma memberitahu bahawa masih ada adik Awang Kamaruddin yang bertapa di dalam buah Pinang Si Gangga Wari, ditapakan oleh ayahnya dan akan selesai hari itu jua.
3. Awang Kamaruddin meminta izin bondanya untuk pergi ke Pinang Si Gangga Wari di tepi laut.
4. Awang Kamaruddin memberitahu Dang Kumala tentang niatnya lalu dibuatkan bekalan.
5. Awang Kamaruddin menjadi Lalat Kuning terbang menuju Pinang Si Gangga Wari di tepi laut.


BAB 10: Membuka Tapaan


Sinopsis


Bab 10 mengisahkan Awang Kamaruddin yang berusaha membuka pertapaan adik-adiknya. Awang Kamaruddin berjaya menggunakan kepandaiannya untuk menyingkirkan kesaktian yang melindungi buah Pinang Si Gangga Wari, lalu dibawa pulang ke Bukit Sinarubai. Dengan menggunakan minyak Si Lompat Pagar, Awang Kamaruddin berjaya mengeluarkan kedua-dua adiknya. Mereka pun dimandikan dan diberikan persalinan lalu menghadap bonda mereka.


Peristiwa-peristiwa penting:


1. Awang Kamaruddin berjaya membuka kesaktian yang melindungi buah Pinang Si Gangga Wari lalu membawanya pulang ke Bukit Sinarubai.
2. Awang Kamaruddin membawa buah Pinang Si Gangga Wari ke peraduan Dang Kumala di Panggau Gading Sembilan Ringkat.
3. Awang Kamaruddin membuka pertapaan ayahnya menggunakan minyak Si Lompat Pagar.
4. Awang Kamaruddin memandikan adiknya, Sultan Bongsu & Tuan Puteri Kumala Bongsu dgn langir.
5. Awang Kamaruddin menyuruh adiknya, Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu bersalin pakaian sebelum menghadap bonda mereka.


BAB 11: Naik Pengantin


Sinopsis


Bab 11 merupakan bab terakhir yang mengisahkan perkahwinan Awang Kamaruddin dengan Dang Siti Noralam. Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran, segala hamba rakyat dijemput ke istana. Awang Kamaruddin dan Dang Siti Noralam disandingkan di Panggau Penganggunan dan ditapakkan oleh Raja Muda Indera Bongsu. Hidup bahagialah Awang Kamaruddin dengan kedua-dua isterinya. Masing-masing isterinya tinggal di panggau yang berlainan. Bersama Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, Awang Kamaruddin mendapat anak lelaki bernama Awang Amir Shamsu. Raja Muda Indera Bongsu dan Dang Kumala juga mendapat anak perempuan bernama Dang Dara Daun Irik. Setelah berusia tua, Awang Kamaruddin bertapa di hulu Banjarmasin, Dang Kumala di kuala Sungai Baram.


Peristiwa-peristiwa penting:


1. Awang Kamaruddin memanggil seluruh rakyat berhimpun di Istana Besar di Bukit Sinarubai.
2. Awang Kamaruddin dan Dang Siti Noralam bersiap-siap untuk bersanding.
3. Awang Kamaruddin dan Dang Siti Noralam bersanding di Panggau Penganggunan.
4. Awang Kamaruddin hidup bahagia dengan kedua-dua isterinya.
5. Awang Kamaruddin bersama Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa mendapat anak lelaki bernama Awang Amir Shamshu.
6. Raja Muda Indera Bongsu bersama Dang Kumala mendapat anak perempuan bernama Dang Dara Daun Irik.
7. Awang Kamaruddin bertapa di danau di Hulu Banjarmasin.
8. Dang Kumala bertapa di sepohon Pulayi Manang di kuala Sungai Baram.