Popular Posts

Monday 13 February 2012

Novel Pengabdian (part 1)

Novel Pengabdian: Peristiwa-Peristiwa penting.


Bab 1 : bahagian 1


1. Doktor Siti Nur merawat beberapa orang pesakit pada hari itu. Salah seorang daripadanya ialah Udin Bin Mat, seorang kanak2 penghidap Sindrom Down.
2. Udin Bin Mat dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan setiap 3 bulan sekali.
3. Seorang pasien tidak hadir iaitu Azmil, kemudian Doktor Siti Nur cuba menghubungi Faridah tetapi tiada jawapan.
4. Siti Nur mempunyai perjanjian dengan ibu bapanya yang akan datang dari Seria dan berjumpa di rumah Siti Nur pada tengah hari itu kerana ada hal penting hendak mereka bincangkan.
5. Sebelum pulang, Doktor Siti Nur dipanggil untuk merawat Shamsul di wad empat, seorang kanak-kanak penghidap leukimia. Shamsul tidak mahu jururawat lain menyuntiknya melainkan Doktor Siti Nur. Doktor Siti Nur akur dengan kehendak Shamsul walaupun waktu bekerjanya sudah habis.
6. Ketika rehat tengah hari, Doktor Siti Nur balik ke flatnya yang terletak di Bandar Seri Begawan. Namun ibu bapanya masih belum sampai. Ini menyebabkannya berasa risau kerana ibunya berjanji akan datang pada jam 12 tengah hari. Ibu bapanya belum sampai sehingga Siti Nur bekerja semula pada waktu petang.


Watak:
 Doktor Siti Nur
 Udin Bin Mat
 Shamsul


Konteks:
“Sudah balik, Siti.”sapa orang tua yang sudah berumur setengah abad itu.
“Mama dan abah belum sampai lagi, mak cik?” tanya Siti Nur.
“Belum. Siti nak makan dulu?”


Soalan:
 Siapakah mak cik Siti Nur itu?
 Siti Nur balik dari mana? Apakah yang Siti Nur lakukan sebelum balik?
 Siapakah Ibu bapa Siti Nur? Mengapa mereka lambat sampai ke rumah Siti Nur?


Perbincangan:
 Bagaimanakah layanan Siti Nur terhadap orang-orang di sekelilingnya seperti pesakitnya, jururawatnya, pembantu rumahnya dan ibu bapanya?


Bab 1 : bahagian 2


1. Fatimah dan Marof dalam perjalanan menuju ke tempat kediaman Siti Nur di Bandar Seri Begawan.
2. Fatimah merungut kerana mereka terlewat sampai ke tempat Siti Nur, memandangkan suaminya Marof singgah ke Kampong Limau Manis untuk menghantar barang Haji Salam.
3. Kelewatan mereka menyebabkan ia tidak sempat berbincang tentang hal Zul dan Marina dengan Siti Nur pada petang itu kerana Siti Nur sudah turun bekerja pada waktu petang.
4. Marof mencadangkan Fatimah bermalam di rumah Siti Nur memandangkan ia kesuntukan masa petang itu kerana menjadi hakim (umpire) perlawanan tennis.
5. Fatimah akur walaupun sebenarnya ia merasa marah dengan sikap suaminya. Fatimah bertambah marah apabila Marof menyuruhnya naik bas untuk pulang ke Seria pada esoknya. Baginya Marof lebih mementingkan orang lain dan aktiviti luar berbanding dengan keperluan dan kepentingan keluarga.


Watak:
 Fatimah
 Marof


Konteks:
“Saya kira nak berunding dengan Siti waktu tengah hari tadi. Ini, dah tergendala.”
“Hal ni datang mendadak, Mah.”
“Itulah saya sudah kata tadi, kalau untuk orang lain awak menyanggup saja.”


Soalan:
 Apakah yang hendak mereka bincangkan dengan Siti Nur?
 Apakah yang berlaku hingga menyebabkan rancangan mereka tergendala?
 Apakah watak itu berkata ‘kalau untuk orang lain awak menyanggup saja’?


Perbincangan:
 Apakah yang Fatimah dan Marof tengkarkan ketika dalam perjalanan dari Seria menuju ke flat Siti Nur di Bandar Seri Begawan?


Bab 1 : bahagian 3


1. Pada setiap petang hari Isnin iaitu selepas waktu bekerja, diadakan perjumpaan antara doktor-doktor dan pegawai-pegawai rumah sakit seperti teknisyen-teknisyen makmal, x-ray, despensari dan jururawat-jururawatagar mereka dapat berbincang mengenai masalah yang timbul. Begitu juga pada hari tersebut diadakan perjumpaan yang sama.
2. Sebelum perbincangan (kuliah) dimulakan, mereka berbual-bual. Doktor Susan dan doktor lain ada yang merungut mengenai hal mereka dipanggil ke luar hanya untuk merawat kes yang remeh temeh.
3. Kemudian Samuel datang bersama Joana. Siti Nur membuat perjanjian untuk berjumpa Samuel pada lusanya bagi membincangkan kes bedah kanak-kanak.
4. Di antara mereka yang turut hadir pada hari itu ialah Doktor Siti Nur, Doktor Samuel, Doktor Jones, Doktor Susan dan Joana. Fokus perbincangan mereka pada hari itu ialah tentang penyakit Thalassaemia Beta Major, sejenis penyakit keturunan.
5. Junaidah adalah salah seorang di antara pesakit Doktor Siti Nur yang menghidap penyakit ini. Doktor Jones memberi pendapat agar rawatan terhadap pesakit seperti Junaidah diberhentikan agar gen keabnormalannya (penyakitnya itu) tidak diturunkan kepada zuriatnya kelak, terutama jika ia berkahwin & beranak-pinak.
6. Siti Nur membantah keras pendapat tersebut kerana baginya, sikap tersebut adalah sikap yang di luar peri kemanusiaan dan bertentangan dengan kod etika profesion kedoktoran mereka.


Watak:
 Doktor Samuel
 Doktor Jones
 Junaidah


Konteks:
“Aku tidak bersetuju dengan pendapat Doktor Jones itu.”
“Tapi pendapatnya itu praktikal.”
“Dalam berhadapan dengan nyawa manusia soal praktikal tidak timbul.”
“Tapi negara kita perlu masyarakat yang sihat fizik dan mentalnya.”


Soalan:
 Apakah pendapat Doktor Jones?
 Mengapa Doktor Jones berpendapat begitu dan mengapa Siti Nur membantah?


Perbincangan:
Bincangkan apakah yang dikatakan penyakit Thalassaemia Beta Major dan apakah orang yang menghidap penyakit ini harus diberhentikan rawatannya atau diteruskan?


Bab 1 : bahagian 4


1. Fatimah bermalam di rumah anaknya Siti Nur.
2. Ia membincangkan tentang hal Zul dan Marina.
3. Menurutnya, Marina ditahan di rumah sakit kerana mencuba untuk membunuh diri dan menggugurkan kandungannya hasil perhubungannya dengan Zul
4. Zul yang kini berada di luar negeri dikehendaki untuk bertanggungjawab.
5. Namun Zul tidak bersedia untuk balik kecuali keluarganya sanggup membayarkan tiket kepulangannya dan belanja pernikahannya.
6. Siti Nur sanggup membantu Zul untuk mengeluarkan perbelanjaan tersebut.
7. Fatimah juga bercerita tentang suaminya Marof yang hendak menyewakan tanah T.O.L kepada Peter untuk dibangunkan rumah sewa.
8. Juga mengenai Hannah yang selalu keluar malam bersama Wardi yang belajar di England tetapi pulang cuti musim sejuk.


Watak:
 Zul
 Marina
 Wardi
 Peter
 Hannah


Konteks:
“Kata mama tadi banyak hal lagi yang hendak dibincangkan? Hal apa lagi ma?”
“Kau letih?” tanya ibunya.
“Tidak. Mama berceritalah. Saya dengar.”
“Ini fasal abah kau pula; fasal Hannah juga.”


Soalan:
 Apakah yang mereka bincangkan sebelum konteks ini diperkatakan?
 Apakah yang berlaku dengan ‘abah’ dan Hannah?


Perbincangan:
Apakah yang dibincangkan oleh Fatimah dan Siti Nur?


Bab 1 : bahagian 5


1. Azmil mengamuk kerana tidak mahu berjumpa doktor sehingga akhirnya Faridah terpaksa membatalkan perjumpaan bersama doktor Siti Nur.
2. Faridah kasihan melihat Azmil semakin susut akibat penyakit jantung berlubang.
3. Namun, Azmil enggan dibedah seperti yang disyorkan oleh Doktor Siti Nur kerana ia tidak mahu mati awal dan ingin berada di sisi ayahnya Khalid.
4. Tetapi khalid tidak ada di sisinya sekarang (dipenjara).
5. Kemudian Faridah teringat akan kisah lalunya dari sejak remaja, pertemuannya dengan Khalid hinggalah sekarang.


Watak:
 Azmil
 Faridah
 Khalid


Konteks:
“Kenapa Az? Kenapa Az begitu takut untuk dibedah?”
“Az takut mati, mama,” jawabnya perlahan. “Az belum mahu mati. Az sedang menunggu kepulangan ayah!”


Soalan:
 Kenapa Azmil harus dibedah?
 Siapakah ayah Azmil?
 Di mana ayah Azmil sekarang dan mengapa dia di sana?


Perbincangan:
Mengapakah Faridah tetap mahu menjalankan pembedahan ke atas Azmil?


Bab 1 : bahagian 6


1. Pada hari itu, Siti Nur terpaksa menumpang kereta Samuel untuk balik ke Seria kerana keretanya rosak dan berada di workshop.
2. Sewaktu perjalanan balik, Siti Nur terkenangkan peristiwa lalu yang berlaku di antara Samuel dengannya. Mereka rapat sejak kecil hingga dewasa.
3. Hubungan mesra mereka bertambah erat lagi ketika mereka sama-sama belajar di luar negeri sehingga akhirnya menjadi pasangan kekasih.
4. Namun, Siti Nur kecewa dengan pegangan Samuel tentang agama. Samuel yang beragama Kristian kononnya sanggup memeluk agama Islam demi kasihnya terhadap Siti Nur.
5. Siti Nur kecewa, baginya, Samuel tidak ikhlas dengan agama Islam. Perhubungan mereka putus tanpa kata setamatnya pengajian Siti Nur di luar negeri.
6. Sedangkan, Samuel pada ketika itu menyambung pengajiannya dalam bidang pembedahan selama setahun. Samuel selalu juga menghubungi Siti Nur setelah tamat pengajiannya di luar negeri.
7. Namun, Siti Nur hanya menganggapnya sebagai kawan. Sehingga kini, Siti Nur masih menganggapnya seperti kawan biasa.


Watak:
 Samuel
 Siti Nur


Konteks:
“Sorry Sam. Aku tak dengar apa yang you cakap tadi”.
“I kata jauhnya lamunan you tu.”


Soalan:
 Mengapakah Siti Nur tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Samuel?
 Mengapakah Siti Nur menumpang kereta Samuel.
 Apakah yang dilamunkan oleh Siti Nur?


Perbincangan:
Bincangkan bagaimanakah perhubungan antara Siti Nur dengan Samuel sejak kecil hingga sekarang?


Bab 1 : bahagian 7


1. Sewaktu Samuel singgah dan makan tengah hari di rumah ibu bapanya di Kuala Belait, ayahnya, Peter memujuknya agar menerima tawaran untuk mengendalikan rumah sakit prebet yang akan didirikan oleh rakan seniaga.
2. Dalam hal ini, Samuel langsung tidak berminat. Baginya, dirinya lebih dikehendaki di rumah sakit kerajaan dan ia lebih berpuas hati dengan tugasnnya sekarang.
3. Peter juga ada menyentuh tentang tanah T.O.L yang akan disewanya daripada Marof untuk dibangunkan rumah sewa.
4. Samuel marah dengan tindakan ayahnya yang agak keterlaluan tersebut. Baginya, ayahnya bersifat tamak.
5. Selepas makan tengah hari, Samuel terkenangkan tentang Siti Nur yang kini tidak semesra dahulu lagi dengannya.


Watak:
 Peter
 Nyonya Peter
 Samuel


Konteks:
“Kita tidak semestinya membiarkan kesempatan berlalu begitu saja. Kita mesti rebut peluang yang ada. Kerana itulah aku mahu kau menerima tugas mengendalikan rumah sakit itu nanti.”
Tapi Samuel tidak menyampuk apa-apa. Dibiarkannya saja ayahnya berbicara berterusan.
“Tengok macam aku. Memang aku telah punya banyak rumah sewa tetapi sekarang aku ada peluang untuk membangun sebuah rumah sewa lagi.


Soalan:
 Apakah Samuel menerima tawaran mengendalikan rumah sakit baru itu?
 Peter seorang yang kaya, apakah sumber-sumber ekonomi beliau?


Perbincangan:
Bincangkan apakah pendapat kamu tentang sikap Peter?


Bab 1 : bahagian 8


1. Kini sudah seminggu Marina ditahan di rumah sakit Kuala Belait akibat percubaannya membunuh diri (memakan panadol berlebihan) dan menggugurkan kandungannya hasil perhubungan haramnya dengan Zul. Mulanya Marina ditahan di wad 5 iaitu wad ibu keguguran kandungan untuk proses pencucian rahim. Kemudian Marina dipindah ke wad 10 iaitu wad pesakit perempuan.
2. Ia melakukan hubungan luar nikah dengan Zul ketika Zul balik bercuti pada bulan September lalu. Marina takut kehilangan Zul dan disebabkan cinta, dia telah menyerahkan dirinya. Beberapa bulan berikutnya, Marina didapati mengandung.
3. Walaupun surat sudah dikirimkan kepada Zul yang berada di England, namun, tiada balasan yang diterima daripada Zul. Wardi yang balik dari England memberitahu, Zul mempunyai teman wanita mat saleh di sana.
4. Marina kecewa mendengar berita tersebut hingga bertindak membunuh diri.
5. Seorang ustaz telah datang dan memberitahu Marina bahawa membunuh diri bukanlah penyelesaian kepada masalah. Ustaz menerangkan mengenai akibat roh orang bunuh diri, semua masalah boleh diatasi dan Marina masih sempat untuk bertaubat. Marina akhirnya insaf.
6. Ketika di wad, Marina dilawat oleh Siti Nur. Siti Nur banyak memberi dorongan dan semangat kepada Marina agar tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam hidup.


Watak:
 Marina
 Zul


Konteks:
“Assalamu’alaikum, Rina”
“Oh, Kak Siti.”
“Jauh benar menungan Rina.”
“Duduklah, Kak Siti.”
“Tak mengapa, kaubaring saja Rina. Biar kakak duduk di sini.”


Soalan:
 Mengapakah Marina ditahan di rumah sakit?
 Apakah yang dimenungkan oleh Marina?
 Bagaimanakah penyelesaian masalah Zul dan Marina ini?


Perbincangan:
Bincangkan sejauhmanakah perhubungan antara Zul dan Marina?


Bab 1 : bahagian 9


1. Pada malam itu, Hannah hendak pergi ke pesta malam bersama kawan. Fatimah menegur mengenai pakaian Hannah yang tidak sopan. Siti Nur juga melarangnya pergi kecuali Hannah mengerjakan solat fardhu Maghrib terlebih dahulu.
2. Pada mulanya Hannah tidak mahu mengerjakan solat dan beralasan akan mengerjakannya apabila balik dari pesta. Namun Siti Nur berkeras sehingga menyebabkan Hannah terpaksa akur dengan perintah kakaknya.
3. Setelah selesai mengerjakan solat, Hannah membatalkan hasratnya untuk pergi ke majlis pesta malam. Mereka sekeluarga berbual panjang dan bercakap tentang peranan wanita dalam Islam. Antaranya, tentang kecantikan, pekerjaan, perkahwinan, kewajipan wanita, keistimewaan wanita sebagai ibu, tentang manusia dan hukum.


Watak:
 Hannah
 Siti Nur


Konteks:
“Tak jadi parti?”
Malas. Terpaksa kena pakai mekap dan kemaskan rambut. Malas ah.”
“Merajukkah ni?” tanya Siti Nur.
“Apa nak dirajukkan! Nah memang dah tak ada mood.”


Soalan:
 Mengapa Siti Nur melarang Hannah pergi ke parti?
 Apakah yang mereka bualkan selepas Hannah tidak jadi pergi ke parti?


Perbincangan:
Bincangkan sikap Hannah dan peranan wanita dalam Islam.


Bab 1 : bahagian 10


1. Pada malam itu, bekalan elektrik terputus di flat tempat Siti Nur tinggal. Dalam keadaan gelap, Siti Nur dan Mak Cik Hindon tetap makan malam.
2. Ketika makan malam inilah, Mak Cik Hindon menceritakan peristiwa hitam sewaktu pemberontakan dahulu. Hindon telah pergi ke Lumapas tempat kakaknya. Tiba-tiba pemuda-pemuda datang meinta perlindungan. Menurutnya, mereka adalah pemberontak dan ia pernah bercinta dengan Harun, salah seorang pemberontak tersebut, namun cinta mereka tidak kesampaian apabila Harun terbunuh di Kalimantan.
3. Siti Nur juga teringat peristiwa sewaktu pemberontakan dulu. Ia ingat ketika itu mereka menonton pertunjukkan pentas, tiba-tiba polis diarahkan berkumpul di balai-balai polis kerana pemberontak cuba menguasai balai-balai polis di seluruh negara.
4. Maraof pula pernah ditangkap kerana menguburkan senjata di belakang rumah sewa atas peintah darurat.
5. Siti Nur juga ingat ketika itu hujan melanda seluruh negeri menyebabkan banjir kilat. Hal ini menyebabkan ia tidak dapat pergi ke sekolah dan terpaksa duduk di rumah membantu ibunya membuat kuih muih.
6. Berikutan dengan peristiwa ini, Siti Nur teringat tentang usu Khalidnya yang kini meringkuk di dalam penjara, kerana menyiarkan risalah-risalah anti kerajaan. Masalahnya, usu Khalid tidak mahu melepaskan perjuangannya, sedangkan anaknya Azmil memerlukannya di sisi. Siti Nur berjumpa Faridah menyuruh untuk memujuk Khalid.
7. Untuk membantu, Siti Nur akan menulis surat kepada Khalid. Siti Nur juga teringat peristiwa Khalid semasa zaman persekolahan.


Watak:
 Khalid
 Hindon
 Harun


Konteks:
“ Eh, panjang! Eh, pejam! Ehh... padam!” Hindon melatah.
Dian mana, mak cik?” Siti Nur memanggil dari tempat duduknya.
“Tunggu sekejap. Mak cik ambil.”


Soalan:
 Ketika tenaga elektrik terputus, apakah yang Siti Nur dan Hindon ceritakan?
 Apakah yang Siti Nur lakukan untuk membantu Faridah, Azmil dan Khalid?


Perbincangan:
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Siti Nur seperti dian yang sedang menerangi mereka sekarang tetapi membakar diri sendiri demi kepentingan orang lain’?


Bab 1 : bahagian 11


1. Pada hari itu, Syukri menghadiri persidangan. Ia berasa gembira apabila usahanya untuk menubuhkan semula komiti yang bertugas bagi menelaah masalah tahanan-tahanan politik telah mendapat perkenan daripada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
2. Ia tahu Siti Nur tentu gembira mendengar berita ini kerana Siti Nur yang telah meminta pertolongan daripadanya mengenai masalah tersebut.
3. Pada mulanya, ia ingin menyampaikan berita tersebut kepada Siti Nur, tetapi Siti Nur tidak dapat dihubungi.
4. Syukri teringat kisah lamanya dengan Siti Nur. Sebenarnya dia jatuh cinta kepada Siti Nur ketika ia mengikuti kursus pegawai polis di England.
5. Hal ini menyebabkan ia masih membujang sehingga kini walaupun sebelumnya, Siti Nur pernah menolak lamarannya secara baik. Ia berharap dan berdoa agar suatu hari nanti, hati Siti Nur terbuka untuk menerima dirinya.


Watak:
 Syukri
 Siti Nur


Konteks:
“Kamariah, tolong berikan saya line keluar, ke Rumah Sakit Besar”
“Baik, tuan.”
“Operator Rumah Sakit Besar on the line, tuan.”
“Terima kasih, Kamariah.”
Tetapi Siti Nur mengambil cuti kerana kepulangan saudara lelakinya.


Soalan:
 Siapakah yang dipanggil tuan?
 Apakah urusannya hingga benar-benar mahu menghubungi Siti Nur?


Perbincangan:
Bincangkan sejauhmanakah hubungan Siti Nur dengan Syukri?


Bab 1 : bahagian 12


1. Siti Nur menyambut kepulangan adiknya, Zul.
2. Samuel memberitahu kepada Siti Nur bahawa Samuel hendak memeluk agama Islam dan diuruskan oleh Siti Nur sekeluarga.
3. Siti Nur dan Zul berbual-bual di dalam kereta mengenai hal pernikahan mereka dan penampilan Zul.
4. Di rumah, Fatimah marah dengan penampilan Zul.
5. Keluarga Marof sibuk membuat persiapan bagi perkahwinan Zul dan Marina.
6. Majlis pernikahan Zul diteruskan dengan majlis pengislaman Samuel
7. Siti Nur termenung tentang kemesraannya dengan Doktor Muhammad Faisal Bin Abdullah.


Watak:
 Doktor Muhammad Faisal Bin Abdullah
 Zul
 Siti Nur


Konteks:
“Apa khabar Doktor Samuel kak?”
“Kautahu? Samuel akan masuk Islam serentak di upacara pernikahanmu nanti.”
“Yakah? Mengapa tidak dijadikan saja double wedding kak?”


Soalan:
 Zul baru pulang dari England. Bagaimanakah keadaan penampilan Zul?
 Mengapa Zul mencadangkan untuk membuat double wedding?
 Apakah respon Siti Nur apabila Samuel hendak memeluk agama Islam?


Perbincangan:
Bincangkan mengenai bagaimanakah pengurusan perkahwinan Zul dan Marina serta majlis pengislaman Samuel.

No comments:

Post a Comment